Gadget adalah salah satu teknologi penting yang berkembang pada zaman sekarang. Banyak contoh gadget yang kita boleh lihat sekarang ni. Contohnya smartphone dan barangan elektronik lain yang memudahkan pengguna. Di samping memberikan pelbagai fungsi di setiap gadget. Jadi kategori gadget berkongsi berkaitan gadget seperti info, tips, berita tentang gadget, keluaran terbaru gadget, kebaikan keburukan gadget dan pelbagai perkongsian gadget yang lain.
Saturday, 20 April 2013
Wanita Pengguna tertinggi Telefon Pintar
Wanita memacu pasaran telefon pintar. Angka baru ini jelas menunjukkan wanita mampu memonopoli penggunaan telefon pintar di pasaran.
Tidak kurang daripada 97 peratus pemilik telefon pintar wanita menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Sebanyak 77 peratus menghantar dan menerima gambar, 59 peratus menggunakan rangkaian sosial, 24 peratus mendaftar masuk lokasi di mana mereka berada dan 17 peratus menebus kupon.
Angka bagi lelaki jauh lebih rendah dalam kategori terbabit.
Di Malaysia, wanita dijangka turut memainkan peranan penting dalam memacu penggunaan telefon pintar.
Dikhabarkan lebih 55 peratus pengguna telefon pintar yang berpotensi adalah wanita dan apabila kita melihat penggunaan perkhidmatan, mereka mempunyai penggunaan rangkaian sosial yang lebih tinggi, khidmat pesanan ringkas (SMS), 'tethering' dan ucapan dipindahkan ke teks.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment