Saturday, 20 April 2013

Tip-tip penjagaan dan penggunaan bateri handphone yang betul





Ingin Tahu Cara Nak Panjangkan Hayat Bateri Telefon Bimbit?


Kita dan telefon bimbit pasti tidak boleh dipisahkan. Betul tak?

Kini telefon bimbit dah menjadi antara keperluan asas yang penting. Dari golongan dewasa sampailah ke budak sekolah pun pasti memiliki sebuah telefon bimbit tak kisahlah dari jenama apa sekalipun.

Namun semakin canggih pengunaan telefon tersebut semakin cepat habis hayat bateri tersebut. Kalau dulu dua tiga hari sekali baru dicas, sekarang ni dalam sehari ada yang kena cas lebih dari sekali. Ya kan?

Bateri telefon ibarat denyutan nadi telefon itu. Kalau tidak dijaga dengan baik, ia boleh mendatangkan masalah seperti bateri rosak atau bateri kembung. Kalau nak tahu bateri tu kembung, mudah sahaja, keluarkan bateri dan letakkan di permukaan yang licin dan cuba putarkan. Kalau bateri itu boleh berputar seperti gasing, alamatnya terpaksalah keluarkan duit untuk beli bateri baru. 

Cara Untuk Panjangkan Hayat Bateri : -

1) Mod penjimatan kuasa -Telefon pintar Android dan Telefon Windows termasuk kuasa atau mod penjimatan bateri yang biasanya terletak di menu tetapan. Ia diaktifkan sekiranya bateri mencapai tahap tertentu, memaksa bateri mematikan ciri intensif termasuk e-mel push, kecerahan skrin dan kemaskini Facebook.Malangnya Apple tidak termasuk apa-apa kuasa atau penjimatan bateri ciri-ciri pada telefon pintar, walaupun aplikasi percuma seperti 'Battery Life Pro' memantau prestasi bantuan dan menutup aplikasi

2) Kecerahan skrin -Penggunaan bateri paling tinggi adalah pada pencahayaan skrin telephone anda makin besar skrin makin byk penggunaan bateri. Bagi menjimatkan kuasa bateri dengan memilih 'kecerahan automatik' dan skrin akan melaraskan kecerahan secara automatik bergantung kepada keadaan pencahayaan. 

Selain itu, jika penunjuk bateri mencapai tahap yang tidak menentu menjadikan kecerahan turun serendah selesa untuk memelihara kuasa seberapa banyak yang mungkin. Pastikan kunci auto diaktifkan, jadi apabila telefon anda tidak digunakan skrin menutup menjimatkan kuasa. Jika anda mempunyai telefon dengan skrin AMOLED (seperti Samsung Galaxy S3 atau S2) menggunakan kertas dinding gelap juga boleh membantu menjimatkan bateri. 


3) Kurang penggunaan getaran (Vibrate) -Dalam persekitaran kerja penggunaan ringtones kuat amat disukai, tidak menggunakan mod begetar sekiranya anda berada dalam meeting malah lebih baik gunakan mod senyap lebih efektif untuk menyelamatkan penggunaan bateri anda. 

4) Offkan Telefon Ketika Mengecas – pastikan telefon korang di OFF dulu sebelum korang mengecas kerana arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri. 

5) Jangan Cas Telefon Di Dalam Kereta – Voltage pada kereta selalunya tidak stabil menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Ini akan menyebabkan komponen bateri cepat rosak. (pasti ramai yang buat cara ni kan)

6) Habiskan Bateri Sebelum Di Cas – Pastikan bateri telefon korang betul-betul habis baru dicas semula untuk mengelakkan ‘memory effect’. 

7) Pastikan Bateri Dicas Sepenuhnya Kali Pertama sekurang-kurangnya 8 jam – Apa jua jenis bateri telefon bimbit, pastikan ianya dicas sepenuhnya sewaktu pertama kali membelinya. Ini untuk menentukan usia bateri. Ini kerana ketika kita mengecas bateri seluruh sel dalam telefon bimbit akan berfungsi. (Ada yang beli je, terus guna walaupun bateri separuh. betul tak?)

8) Kawal Waktu Mengecas – Jangan biarkan bateri dicas begitu lama kerana boleh merosakkan komponen di dalam bateri tersebut. Di Malaysia masih kurang lagi pengunaan charger yang akan Off sendiri selepas bateri habis dicas. 

9) Jauhkan Bateri Dari Haba contoh TV dan alat elektrik yang mengeluarkan haba – Sumber haba boleh menyebabkan bateri telefon meletup. 

10) Matikan sambungan - WiFi, GPS dan Bluetooth adalah antara yg tersedia dalam telefon moden anda. Lupa untuk mematikan WiFi anda apabila anda meninggalkan rumah dan ia akan sentiasa mencari sambungan WiFi dan menggunakan bateri lebih pada masanya. Jadi pastikan anda mematikan mana-mana sambungan luar apabila anda tidak menggunakannya. 

Ini antara cara yang boleh korang cuba untuk memanjangkan hayat bateri telefon. Buat apa nak membazir duit selalu untuk beli bateri baru kan, lain lah kalau banyak duit....hehehe


Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2012/12/tip-tip-penjagaan-dan-penggunaan-bateri.html#ixzz2R1rJiZcP
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

REPOST telefon bimbit pintar yang pernah mendapat tempat 20 terbaik


20 Telefon bimbit@telefon pintar terbaik / Top 20 mobile/smart phone

Setiap orang antara kita mesti memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon atau hari ini lebih ramai yang memilih telefon pintar (smart phone).Revolusi telefon pintar (smart phone) yang saban hari semakin maju, dulu kita memerlukan sebuah telefon bimbit untuk membuat pangilan dan untuk menguna khimat pesanan ringkas (SMS).Jika kita perlu mengambil gambar kita perlu membawa sebuah camera dan untuk mendapat pencapaian dunia luar tanpa sempadan pada waktu itu kita perlukan sebuah komputer untuk menghantar dan mendapatkan sebarang jenis maklumat dari rantaian internet.



Tetapi itu semua tinggal sejarah,zaman klasik Nokia 3310 yang amat terkenal.Kini kesemua tugas yang perlu dilakukan oleh setiap satu peralatan yang besar tadi telah dimampatkan dan ia telah berevolusi ke sebuah telefon  pintar atau lebih dikenali sebagai Smart Phone.

Ciri-ciri utama sebuah telefon pintar adalah fungsi asal telefon bimbit itu sendiri ia itu membuat pangilan tetapi ia juga telah dipermajui dangan membuat pangilan video.Ciri yang agak am bagi sebuah telefon bimbit ia itu menghantar dan menerima pesanan ringkas (SMS) tetapi ia telah dipermajui dengan Pesanan pelbagai media (MMS) yang mana kita boleh meletak gambar,video dan lagu pada pesanan ringkas ini.

Kita tidak lagi perlu untuk membawa kamera untuk merakam detik-detik indah dan tidak kira waktu,mungkin dalam keadaan spontan juga kita boleh mengambil gambar dengan hanya mengeluarkan telefon pintar kita dari dalam poket bahkan untuk mengambil video pun kita boleh berharap pada telefon yang pintar ini.

Hiburan adalah antara element penting bagi sebuah telefon pintas hari ini.Jika dahulu kita bermula dengan Walkman sebagai medium hiburan bergerak selepas itu dievolusikan dangan pemain CD mudah-alih dan kemudian medium pemain muzik digital MP3. Kini tugas menghibur ini terletak pada telefon pintar anda.Bila-bila waktu khimat ia diperlukan hanya semudah menekan menu sahaja,telinga kita sudah dapat menikmati alunan muzik yang diminati.

Teringat memori indah dan mahu menonton semula, dengan menekan menu pada telefon pintar anda sahaja semua kenangan indah yang telah diabadikan pada gambar atau video dapat dilihat dan ditonton tidak kira waktu atau tempat.Begitulah berkuasanya alatan ciptaan manusia yang sangat berpengaruh dalam hidup kita.

Seterusnya saya akan meperbariskan 20 telefon pintar yang terbaik bagi tahun 2011.Segala penilaian telah dilakukan oleh pihak www.techradar.com berdasarkan hasil jualan dan kepenguaan telefon pintar terbabit diserata dunia.

Tempat ke 20 : Samsung Galaxy S
 Samsung Galaxy S hanya berjaya untuk tinggal di ranking top 20 kita kerna ia telah mengurangkan harganya dan sekurang-kurangnya ia masih berberoperasimengunakan versi terbaru Android juga.

Tempat ke 19 : Samsung Galaxy Ace
Jika diberi pilihan antara Galaxy S dan Galaxy Ace mungkin ramai antara kita kan memilih Galaxy Ace kerana reka bentuk yang mirip Iphone dan prestasi yang setanding Galaxy S.

Tempat ke 18: LG Optimus 3D
 LG Optimus 3D telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan paparan digital 3D (tiga demensi)

Tempat ke 17: INQ Cloud Touch (Saya tidak pasti terdapat atau tidak di pasaran Malaysia)
Dalam memutuskan 20 telfon pintar,INQ Cloud Touch tersenarai kerana ia mempunyai rekabentuk yang menawan dan nipis juga kerana ia mempunyai prestasi yang mengagumkan bila kita bercakap mengenai kelajuan pemprosesan data.

Tempat ke 16: Motorola Atrix

Apabila Motorola mengumumkan Atrix di CES 2011, kami telah ditiup oleh teknologiyang disumbat ke dalam pakej kecil. Dwi teras Tegra 2 pemproses 1GHz, bateri1930mAh dan skrin qHD bermakna Atrix itu jauh lebih berkuasa dari telefon pintar yang ada pada waktu ini.

Tempat ke 15: HTC Wildfire S
 HTC Wildfire S mungkin hanya evolusi dari siri sebelumnya iaitu HTC Wildfire tetapi ia tetap memilki daya penarik tersendiri.

Tempat ke 14: HTC ChaCha
 HTC Chacha mungkin lebih digemari oleh mereka yang dahaga jaringan sosial yang amat berpengaruh dikala ini.

Tempat ke 13: Google Nexus S
 Google Nexus S adalah peranti permata yang beroperasi mengunakan Android 2.3 dan ia antara telefon pintar yang terawal mengunaka teknologi NFC ( near field connection).Reka bentuk yang menawan dan prestasi paparan digital Super AMOLED dari Samsung.

Tempat ke 12: Sony Ericsson Xperia Mini / Mini Pro
 Sony Ericsson Xperia Mini / Mini Pro adalah evolusi yang berjaya dari model terdahulu iaitu Xperia X10 Min dan sesungguhnya pihak Sony Ericsson tahu kehendak pelangannya.

Tempat ke 11: iPhone 4
Tidak perlu diperkenalakan lagi siri Apple ini,ia adalah evolusi terbaik dari Iphone 3Gs.Dangan aplikasi yang sungguh banyak dan berguna menjadikan ia antar telefon pintar yang terhangat.

Tempat ke 10: BlackBerry Curve 9360
 Siri Curve telah menyelamat RIM dalam beberapa tahun kebelakangan inidenganThe Curve 8520 amat popular tahun yang masih menjual selepas pelancaran.

Tempat ke 9: Orange Monte Carlo (Saya tidak pasti terdapat atau tidak di pasaran Malaysia)

 Bukan setiap telefon perlu kos beribu-ribu ringgit untuk digunakandan bagiorang-orang yang mahu versi terbaru Androidskrin besar untuk filem. Orange Monte Carlo adalah salah satu telefon pintar untuk dimilki.

Tempat ke 8:HTC Incredible S
 Keupayaan HTC untuk membuat telefon pintar berskrin besar pada Android seolah-olah tidak pernah berakhirdengan hampir setiap model baru saban minggu.

Tempat ke 7: BlackBerry Bold 9900

RIM telah dibelengu sedikit masalah pada tahun 2011,tetapi ini tidak menghalang mereka membawa Bold 9900 ke pasaran.Ia memberi pengalaman mengunakan sistem pesananan dan layaran internet yang terbaik.


Tempat ke 6: Sony Ericsson Xperia Ray
 Sony Ericsson mempunyai sesuatu reboot telefon pintar pada tahun 2011dengansiri-siri seperti Xperia Arc dan Xperia Mini membuktikan hits besar.

Tempat ke 5: HTC  Desire S
 Pihak techradar agak terkejut dengan populariti HTC Desire S,dengan harga yang agak berpatutan ia dikuasai dengan pemproses Dual Core yang memberi lebih kuasa pemprosesan data.HTC Desire S juga dilengkapi dengan HTC Sensation yang lebih mesra penguna.

Tempat ke 4: Sony Ericsson Arc S
 Apabila kita bercakap tentang Telefon Phoenixselama-lamanya akan dibayangiSony Ericsson Xperia Arcdan walaupun hanya yang berusia beberapa bulan, iasudah dinaik taraf itu Xperia Arc S.

Tempat ke 3: HTC Sensation

Umpama pertempuran hebat dalam saingan antara HTC Sensation dan Samsung Galaxy S2.
Kedua-dua dikuasai oleh pemproses dual corekedua-duanya mempunyai perisianyang canggih dan kedua-dua jenama di belakang mereka telah menikmati kejayaandengan Android pada masa-masa kebelakangan ini.

 Tempat ke 2: iPhone 4S
 Pasaran diserata dunia dikejutkan dengan pengumanan Apple mengenai iPhone 4S yang mana serata dunia mengosipkan bahawa Apple akan memasarkan iPhone 5 yang kononnya lutsinar sepertimana dapat dilihat dalam cerita "Real Steel".
Walau banyak saingan dari jenama lain,Apple tetap ungul dengan iPhone 4S yang lebih berkuasa dari iPhone 4 yang amat popular.

Tempat pertama : Samsung Galaxy S2

Kecewa? Tak perlulah kerana penilaian telah dibuat atas segala faktor seperti prestasi,nilai harga dan populari sesebuah telefon pintar.Pihak Techradar telah menilai kesemua aspek dan Samsung Galaxy S2 telah dinobatkan sebagai juara setakat ini. 

Adakah anda fikir ia boleh memegang mahkota juara dan melihat cabaran iPhone 4S?Ya kenapa tidak, walaupun Apple mengeluarkan telefon pintar terbaik setakat inikitamasih ada yang mengesyorkan pencabar dari Samsung untuk cabaran dari aspek rekabentuk dan aplikasi yang amat berguna yang dimampatkan dalam sebuah telefon pintar.

Apa yang memikat hati pihak Techradar adalah bagaimana Samsung "membungkus" segala perisian dan pemproses berkuasa dalam sebuah peralatan yang direka sangat menawan. Tahniah Samsung Galaxy S2 !!! 

Wanita Pengguna tertinggi Telefon Pintar



Wanita memacu pasaran telefon pintar. Angka baru ini jelas menunjukkan wanita mampu memonopoli penggunaan telefon pintar di pasaran.

Tidak kurang daripada 97 peratus pemilik telefon pintar wanita menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sebanyak 77 peratus menghantar dan menerima gambar, 59 peratus menggunakan rangkaian sosial, 24 peratus mendaftar masuk lokasi di mana mereka berada dan 17 peratus menebus kupon.

Angka bagi lelaki jauh lebih rendah dalam kategori terbabit.

Di Malaysia, wanita dijangka turut memainkan peranan penting dalam memacu penggunaan telefon pintar.

Dikhabarkan lebih 55 peratus pengguna telefon pintar yang berpotensi adalah wanita dan apabila kita melihat penggunaan perkhidmatan, mereka mempunyai penggunaan rangkaian sosial yang lebih tinggi, khidmat pesanan ringkas (SMS), 'tethering' dan ucapan dipindahkan ke teks.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/

Telefon Bimbit Kini


Telefon bimbit sekarang memang gila style. Kalau dulu telefon bimbit takde kaler pun boleh jadi kegilaan, sekarang apatah lagi kan? Banyak dah fenomena kemunculan telefon bimbit baru untuk bersaing dengan jenama lain. Sebenarnya, fenomena telefon bimbit ni dah lama dah berlaku sejak tahun 80an lagi. Kita je tak tau.




Apa kaitan telefon bimbit dengan manusia sekarang?


Orang dulu boleh je hidup, tak pakai handset pon.




Mesti ada dikalangan kita ada mengeluarkan kenyataan diatas kan? Kenapa handset penting buat manusia. Penting sangat ke?





YA!
Memang penting




Tapi tak la sepenting pakaian, makanan, tempat tinggal. Ianya seakan-akan kepentingan kedua yang sepatutnya ada, komunikasi.


Macam- macam jenama telefon bimbit dalam dunia ni. Antaranya




NOKIA


SONY ERICSSON



MOTOROLA


SAMSUNG


BLACKBERRY




APPLE IPHONE


Banyak lagi jenama handset kat luar sana, kalau semua aku nak senaraikan memang tak la. Internet Celcom ni pulak dah lembab. Haha.

Justeru, kita sebagai pengguna telefon bimbit kena tahu kenapa kita beli sesebuah telefon berkenaan. Mengikut spesifikasi telefon adalah sesuatu yang sangat dititik beratkan. 

22 tips jimat bateri blackberry smartphone


Jadi kali ni, saya nak kongsi tips jimat bateri dengan cara saya sendiri.
Sebenarnya nak jimat bateri smartphone ni mengikut jangka hayat dan kegunaan juga. Kalau bateri dah kembung tu atau baru 5 minit standby mode dah 30% peratus habis, ada masalah bateri la tu.
Jimat bateri blackberry
Pasti ramai yang tahu smartphone ni smart ja tapi bateri tak smart pun. Tips ni lebih untuk blackberry, tapi ada sesetengah tips tu sesuai juga di aplikasikan untuk jimat bateri smartphone lain seperti Iphone, Android dan Window phone.

Penjagaan bateri smartphone

  1. Pastikan caj telefon guna plug bukan USB laptop.
  2. Masa caj jangan guna secara maksimum seperti BBM, mesej, chat dan sebagainya. Cukup tengok notification, nanti baru balas kecuali penting.
  3. Jangan selalu kena panas.
  4. Jangan kena air.

Tips jimat bateri blackberry

  1. Kurangkan penggunaan RAM. Bagi yang kurang faham, cuba tengok bahagian Option > Device > Application management > Memory atau CPU > Matikan aplikasi yang berjalan atau padam aplikasi tersebut.
  2. Kurangkan brightness atau kecerahan skrin tahap minimum.Options > Display > Screen Display
  3. Matikan wifi atau internet kalau line lambat atau tak kuat.
  4. Laman sosial seperti twitter, facebook auto refresh bagi off atau auto refresh untuk 1 jam dan lebih.
  5. Matikan connection lain yang tak guna seperti wifi, bluetooth dan NFC.
  6. Connection guna 2G line dari 3G.
  7. Jangan pilih 2G & 3G. Option > Networks and Connections > Mobile Network > Network mode > Pilih salah satu saja connection antara 2G atau 3G.
  8. BBM > Profile > Matikan fungsi share music “Show what i’m listening to > Matikan “Show my location/timezone.
  9. Matikan fungsi headset music EQ kalau dengar lagu melalui headset. Media > Music > Options > Off Headset Music EQ.
  10. Jangan guna volume lagu paling kuat. Sederhana saja.
  11. Laman sosial yang auto check-in lokasi anda seperti twitter, matikan fungsi tersebut.
  12. Bagi yang ingin share location, pastikan jangan guna GPS. Guna cell tower.
  13. Periksa selalu aplikasi tengah berjalan, dan matikan yang tak guna. Sesetengah aplikasi keluar lepas tekan back tapi sesetengah aplikasi kena klik exit dari menu baru keluar sepenuhnya. Aplikasi Whatsapp, Viber, dan Opera mini kena exit dari menu. Jangan risau. Mesej tetap akan sampai.
  14. Matikan data services masa tak guna internet. Option > Networks and Connections > Mobile Network > Data Services
  15. Matikan blackberry masa tak guna. Contohnya masa tidur. Blackberry ada menyediakan fungsi auto turn off. Option > Device > Auto On/Off
  16. Log-out aplikasi yang tak guna seperti twitter, facebook, dan foursquare.
  17. Profile jangan guna yang loud. Maksima guna normal atau medium. Option > Sounds and Ring Tones
  18. Notification guna LED, dan matikan fungsi vibrate.
  19. Bandingkan sendiri aplikasi mana yang banyak makan bateri. Contohnya antara twitter for blackberry dan ubersosial.
  20. Ada satu aplikasi asal tu, kalau tak guna baik padam. Minta maaf lupa nama. Aplikasi gabungan antara status bbm, twitter, facebook dan IM. Minta maaf sebab lupa.
  21. Periksa aplikasi automatic update seperti Blackberry protect automatic backup. Tukar daily jadi seminggu contohnya.
  22. Kamera dan video, matikan fungsi flash dan geo tagging.

Cara jimatkan bateri smartphone

Ini betul sebenarnya jimatkan bateri smartphone tapi tiada kaitan dengan fungsi smartphone.
  1. Kurangkan mesej, BBM, chat whatsapp, viber.
  2. Kurangkan call.
  3. Kurangkan bersosial.
  4. Guna smartphone untuk kegunaan penting dan kecemasan bukan untuk bersosial semata-mata.
  5. Gunakan notebook, durabook atau tablet untuk melayari internet.
  6. Guna smartphone waktu sesat dengan fungsi GPS.
  7. Kurangkan pegang atau on skrin smartphone.
  8. Beli bateri lagi satu.
Itu dia 4+22+8=34 berkaitan jimat bateri blacberry. Antara application untuk jimat bateri blackberry, Battery Saver Free-Battery Doctor!. Ada tips lain dari crackberry. How to Maximize Your BlackBerry Battery Life. Harap di manfaat.